Jawatan Kosong di LPPKN

 

jawatan kosong lppkn

Makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah, Master, PhD  dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa anda kepada portal rasmi majikan seperti yang diiklankan


Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

  • PERANGKAWAN E41
  • PEGAWAI PSIKOLOGI S41
  • PEGAWAI TADBIR N41
  • JURURAWAT U29
  • PENOLONG JURUTERA J29
  • PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
  • JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
  • PEMANDU KENDERAAN H11
Calon-calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah dinyatakan di atas bolehlah membuat permohonan dengan mengikut panduan mengisi jawatan kosong yang telah dinyatakan di bawah. 

Cara Membuat Permohonan

Semua permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE melalui portal myfuturejobs.gov.my yang akan dibuka mulai 12 Jun 2023 (Isnin)

Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan bag setiap skim perkhidmatan melalui laman web  KLIK SINI

Syarat kelayakan bagi setiap skim perkhidmatan adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan yang ditetapkan oleh Pekeliling Perkhidmatan dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh JPA dan diluluskan oleh LPPKN.

Hanya pemohon yang berkelayakan dan memenuhi skim perkhidmatan yang ditetapkan akan disenarai pendek untuk dipanggil ke Program (Assessment Centre 1).

Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 hingga 12 bulan dari tarikh iklan ditutup.

LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.

Permohonan yang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, permohonan hanya boleh dibuat bagi pemohon yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja.


Untuk maklumat lanjut berkaitan iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan bolehlah klik link di bawah

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong seperti di atas ialah  25 Jun 2023 (AHAD)


Sumber: LPPKN


أحدث أقدم