7 Tip Hilangkan Lemak Di Perut

hilangkan lemak di perut
Photo by Alexander Redl on Unsplash

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah perut berlipat dan pastinya ia akan menjejaskan tahap keyakinan diri. Usah gusar, ada cara menghilangkan lemak di perut untuk anda.

Masalah lemak di perut

Sebelum mengetahui cara menghilangkan lemak di perut, jom ketahui serba sedikit mengenainya.

Lemak yang terdapat pada perut merujuk kepada lemak sekitar perut. Ia dibahagikan kepada 2 jenis:

  • Visceral – lemak ini mengelilingi organ tubuh
  • Subkutan – lemak yang berada di bawah kulit

Umumnya, komplikasi lemak visceral lebih berbahaya daripada subkutan.

Mempunyai berat berlebihan antara punca kebanyakan penyakit utama. Lemak yang berlebihan pada perut meningkatkan risiko:

  • Penyakit jantung
  • Serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Strok
  • Diabetes jenis 2
  • Asma
  • Kanser payudara
  • Kanser kolon
  • Demensia

Cara menghilangkan lemak di perut: Fahami punca kemunculannya

Antara punca pengembangan lemak berlebihan pada perut adalah:

1. Diet pemakanan

Makanan bergula, rendah protein dan tinggi karbohidrat boleh menyebabkan kenaikan berat.

Pengambilan lemak trans pula menjadi punca keradangan dan mengakibatkan kegemukan, sekali gus menyebabkan kemunculan lemak di perut.

2. Terlalu banyak alkohol

Minum alkohol dengan banyak didapati menjadi faktor penyebab pertambahan berat badan.

3. Tekanan

Apabila berada dalam tekanan, kebanyakan individu akan makan secara berlebihan.

4. Kurang bersenam

Gaya hidup tidak aktif menyukarkan seseorang untuk membuang lemak berlebihan, terutama di bahagian perut.

5. Genetik

Saintis berpendapat genetik boleh mempengaruhi tingkah laku, metabolisme dan risiko mengembangkan penyakit berkaitan obesiti.

6. Kurang tidur

Tidak mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti dikaitkan dengan peningkatan tingkah laku pemakanan tidak sihat seperti makan secara emosi, sekali gus menjadi punca masalah lemak di perut.

7. Merokok

Individu perokok dipercayai mempunyai lebih banyak lemak pada bahagian perut, terutamanya lemak visceral.

7 cara menghilangkan lemak di perut

Langkah-langkah berikut dapat membantu menyingkirkan masalah perut berlipat:

1. Ubah diet pemakanan harian

Diet seimbang dan sihat dapat membantu menurunkan berat dan mempengaruhi tahap kesihatan secara keseluruhan.

#Makan banyak serat

Serat larut menyerap air dan membentuk gel yang membantu melambatkan perjalanan makanan dalam saluran penghadaman. Serat larut juga membantu melawan lemak di perut.

#Hindari makanan tinggi lemak trans

Lemak trans terhasil apabila hidrogen dipam ke dalam lemak tak tepu, seperti minyak kacang soya.

Ia terdapat dalam beberapa jenis makanan seperti marjerin dan sering ditambah dalam makanan dibungkus.

#Makanan tinggi protein

Protein adalah nutrien penting dalam menguruskan berat badan. Ia juga meningkatkan kadar metabolisme dan membantu mengekalkan jisim otot semasa penurunan berat badan.

#Elakkan makanan bergula

Gula mengandungi fruktosa – dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik jika diambil secara berlebihan seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti dan penyakit hati berlemak.

#Kurangkan makanan tinggi karbohidrat antara cara menghilangkan lemak di perut

Mengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya karbohidrat halus sangat bermanfaat untuk menghilangkan lemak termasuklah lemak di perut.

#Kurangkan minuman manis

Minuman manis dengan cecair fruktosa boleh menyebabkan munculnya lemak pada bahagian perut.

#Ikan berlemak setiap minggu

Ikan berlemak sangat sihat dan kaya dengan protein serat lemak omega 3 yang dapat melindungi tubuh daripada penyakit. Omega-3 juga dapat mengurangkan kandungan lemak visceral.

2. Hadkan pengambilan alkohol antara cara menghilangkan lemak di perut

Individu yang ingin menyingkirkan lemak pada bahagian perut ini perlu memantau pengambilan alkohol mereka.

Ini kerana minuman ini sering mengandungi gula tambahan yang menyumbang kepada kenaikan berat badan.

3. Lakukan senaman

Gaya hidup sedentari atau tidak aktif boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan serius, termasuklah kenaikan berat badan.

Jika ingin mengurangkan berat dan lemak di bahagian abdomen, anda perlu banyak melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, seperti senaman aerobik dan latihan kekuatan.

4. Cahaya matahari bantu menghilangkan lemak perut

Pendedahan cahaya matahari dipercayai dapat membantu mencegah kenaikan berat badan dan disfungsi metabolik.

Walaupun masih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkannya, namun tiada salahnya jika anda lakukan aktiviti riadah di luar rumah bagi membantu tubuh mendapat cahaya matahari. Badan pun akan sihat!

5. Kurangkan stres

Tekanan boleh menyebabkan berat badan seseorang bertambah. Ini disebabkan pembebasan hormon stres kortisol mempengaruhi selera makan individu dan mengakibatkan mereka makan secara berlebihan.

Teknik menghilangkan tekanan yang boleh dicuba adalah ketenangan minda dan meditasi serta senaman ringan seperti yoga.

6. Perbaiki corak tidur, penting untuk hilangkan lemak perut

Tidur sangat penting untuk kesihatan keseluruhan individu.

Tujuan utama anda perlu tidur bukan sahaja bagi membolehkan tubuh berehat, sembuh dan pulih, bahkan ia turut mempengaruhi berat badan.

Mendapatkan tidur berkualiti penting bagi mereka yang merancang menurunkan berat badan, termasuklah lemak di perut.

7. Berhenti merokok

Merokok adalah faktor risiko peningkatan lemak serta banyak masalah kesihatan lain.

Berhenti merokok secara signifikan dapat mengurangkan risiko lemak berlebihan pada bahagian perut dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kredit: Hello Doktor

Baca di sini Alahai, Lemak Perut Semakin Banyak? Ayuh Cuba 7 Tip Ini Untuk Menyingkirkannya!



Previous Post Next Post