Cara Daftar MyJPJ Cukai Jalan dan Lesen Memandu

myjpj


Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan mulai 10 Februari 2023, orang ramai tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan (roadtax) dan lesen memandu mereka sebaliknya menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ.

Peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.

Cara Daftar MyJPJ

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Download aplikasi MyJPJ melalui apps store dan playstore
  2. Klik “Daftar Akaun Baharu”
  3. Masukkan nombor MyKad.
  4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  5. Tetapkan kata laluan dan tekan hantar
  6. Selepas pendaftaran, aplikasi sudah boleh diakses dan digunakan.
myjpj


Previous Post Next Post