Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) (sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
Kelayakan PeKa B40
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berdaftar
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
Manfaat PeKa B40
Terdapat 4 manfaat utama melalui skim ini iaitu:
- Saringan Kesihatan
- Bantuan Alat Perubatan bernilai sehingga RM20 000
- Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser bernilai RM1000
- Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1000
Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40
- Langkah 1 : Semak kelayakan.
- Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yand boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
- Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
- Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.
Semak kelayakan PeKa B40
Untuk menyemak kelayakan secara online, anda boleh terus ke pautan ini: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan