Berdasarkan laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semua pemohon yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) boleh memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM yang berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.
Infografik: LHDN
Skim Khairat Kematian (SKK)
Skim Khairat kematian adalah wang sedekah atau sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.
Jika berlaku kematian pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 waris layak membuat tuntutan khairat kematian seperti berikut
- Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak
Syarat Kelayakan SKK
Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.
Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
Wakil Yang Layak Tuntut SKK
Wakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK. Hubungan wakil yang layak adalah
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Anak Kandung, Anak Tiri ,Anak Angkat)
- Adik-Beradik
Kaedah Tuntutan SKK
Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
Infografik: LHDN
Sumber/ Infografik : LHDN