Ramai tidak tahu kelebihan LPPSA

 

kelebihan LPPSA

MASIH terdapat dalam kalangan kakitangan kerajaan belum menggunakan kemudahan pinjaman disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk memiliki kediaman pertama.

Perkara ini mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tentang kemudahan itu atau tidak mahu mengambil peluang menggunakan keistimewaan disediakan khas kepada kakitangan awam oleh pihak kerajaan kerana tidak nampak manfaatnya.

Naib Pengerusi Koperasi Hartanah Anggun Bhd (KOHAB) Datin Khairunnisa Liyana Azani berkata, terdapat banyak kelebihan membuat pinjaman perumahan di LPPSA dalam merealisasikan impian memperoleh rumah pertama sebagai permulaan pemilikan aset terutama golongan B40.

Katanya, antara ditawarkan kadar faedah tetap empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.

"Selain itu, menerusi LPPSA, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak dua kali seumur hidup bergantung kepada had kelayakan pinjaman perumahan atas faktor kenaikan gaji yang berlaku setiap tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.

"Pada masa sama, biarpun disenaraihitamkan apabila nama dimasukkan sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (Ctos), mereka masih lagi layak membuat pinjaman menerusi LPPSA.

"Malah bagi mereka yang berdepan masalah kadar keberhutangan yang tinggi juga masih layak untuk memohon pinjaman di bawah LPPSA selagi belum diisytiharkan bankrap di Jabatan Insolvensi Malaysia," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Apa yang menarik katanya, bagi pinjaman di bawah LPPSA, penilaian semakan kelayakan hanya dibuat berdasarkan apa yang tercatat di dalam penyata gaji tanpa mengambil kira sebarang komitmen luar seperti pinjaman bank dan ini antara kelebihan pinjaman LPPSA kerana ia menaikkan kelayakan pinjaman mereka dan membolehkan mereka membeli rumah melalui LPPSA berbanding bank.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan kakitangan awam yang tidak mengetahui mengenai kelebihan pinjaman LPPSA ini dan sanggup membuat pinjaman bank bagi rumah pertama kerana mahu menyimpan kelayakan membeli rumah lebih besar dan selesa seperti diidamkan sedangkan mereka ada kelayakan pinjaman LPPSA yang mampu menawarkan pinjaman perumahan lebih baik setanding pinjaman bank.

"Melalui pemilikan rumah di bawah KOHAB, setiap bakal pembeli mendapat rundingan dan nasihat hartanah terbaik oleh konsultan hartanah KOHAB dalam menggunakan peluang keemasan dan keistimewaan disediakan oleh LPPSA menggunakan kelayakan pinjaman semasa dengan kaedah pelaburan hartanah.

"Kemahiran kita adalah membantu menguruskan pinjaman serta memudahkan mereka memiliki aset hartanah pertama, contohnya kakitangan kerajaan bergaji bersih RM1,500 sudah layak memiliki rumah berharga RM250,000 bergantung kepada pengiraan had kelayakan pinjaman perumahan," katanya.

Menurutnya, di KOHAB pembeli boleh membuat permohonan menerusi Skim Zero Deposit Plus dengan syarat perlu berjawatan tetap dan disahkan penjawatan.

MENRUSI skim ditawarkan setiap pembeli akan menerima bon saham RM1,000.

"Kakitangan kerajaan yang disenarai hitam masih layak mohon pinjaman LPPSA. Kita akan semak kelayakan secara percuma melalui penyata gaji terkini.

"Apabila layak, kita akan cadangkan projek perumahan di bawah KOHAB yang sesuai dengan kelayakan pemohon," katanya.


Bagaimanapun, sekiranya pemohon ingin memiliki kediaman lebih tinggi berbanding kelayakannya, konsultan hartanah di KOHAB akan membantu memberi nasihat terbaik melalui kaedah pelaburan hartanah bagi membantu mereka memiliki aset hartanah pertama dan menjana pendapatan melalui rumah sendiri sehingga mampu menambah aset di masa hadapan dengan hanya bermula melalui pembelian tanpa sebarang kos di bawah skim Zero Deposit Plus ditawarkan oleh KOHAB.

"Contohnya kelayakan RM250,000 tapi pemohon inginkan rumah RM300,000 di Selangor. Logiknya dalam tempoh lima ke 10 tahun ke hadapan belum tentu ada jaminan pemohon akan mempunyai kelayakan miliki rumah berharga RM300,000 itu atas faktor penambahan usia dan pembayaran insurans tinggi dan perlu diketahui harga rumah semakin meningkat setiap tahun dan pada masa kelayakan mencukupi rumah tersebut berkemungkinan meningkat harga.

"Oleh itu, kita ajar bagaimana pemohon boleh menggunakan kelayakan sedia ada untuk miliki rumah sebagai pelaburan tanpa perlu mengeluarkan wang dan akhirnya kediaman itu menjadi miliknya," katanya.

Khairunnisa Liyana berkata, sehingga kini hampir 3,000 kakitangan kerajaan dibantu dalam tempoh tiga tahun ini oleh KOHAB untuk miliki kediaman sendiri sesuai dengan saranan dan akta 502 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang mana galakan koperasi bekerjasama atau berniaga sesama ahli koperasi.

"Rata-rata mereka memberi maklum balas positif. Malah ada juga yang ingin buat pinjaman kedua untuk miliki rumah sebagai pelaburan dan kita bantu periksa kelayakan dan cadangkan projek yang sesuai," katanya.

Di KOHAB selain pembelian rumah tanpa deposit, menerusi skim Zero Deposit Plus ditawarkan setiap pembeli menerima bon saham RM1,000 sekali gus menjadi ahli koperasi secara automatik.

"Sebagai ahli anda akan menikmati pelbagai manfaat di bawah koperasi seperti dividen dan berpeluang menjalankan perniagaan dengan hartanah di bawah KOHAB melalui didikan menerusi Program Pembangunan Usahawan Hartanah KOHAB.

"Di KOHAB kita bukan hanya sekadar koperasi biasa malah turut membuka peluang kepada ahlinya mencipta kerjaya dan pendapatan besar dalam bidang hartanah dalam konteks keusahawanan bermula sebagai ahli sehinggalah menjadi seorang pemaju perumahan," katanya.

Meskipun pandemik Covid 19 masih lagi berlarutan untuk satu tempoh panjang namun ia sebenarnya peluang terbaik yang seharusnya direbut oleh kakitangan kerajaan kerana melalui KOHAB anda bukan sahaja mampu menyediakan rumah idaman untuk keluarga tercinta tetapi mampu mencipta pendapatan melalui hartanah.


Sumber Asal - Harian Metro [KLIK]

Previous Post Next Post