Berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui ciapan twitter @mysejahtera, bermula awal oktober, penderma darah di pusat kutipan darah terpilih akan menerima kad penderma darah digital di MySejahtera.
Aplikasi kesihatan kerajaan, iaitu MySejahtera akan memperkenalkan fungsi baharu iaitu kad penderma darah digital bermula bulan Oktober ini. Fungsi ini akan memudahkan penderma darah dan Pusat Darah Negara (PDN) menjejak rekod pendermaan darah di lokasi-lokasi yang terpilih.
Pada masa ini, hanya 22 pusat kutipan darah di seluruh negara yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja akan direkod dalam MySejahtera.
Dengan kata lain, mereka yang menderma darah di pusat pendermaan darah yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) yang sedang digunakan di 22 pusat kutipan darah di seluruh negara akan menerima Kad Derma Darah melalui MySejahtera buat masa ini.
22 Pusat Pendermaan Darah Menggunakan BBISV2
Terdapat sebanyak 22 buah pusat pendermaan darah yang telah menggunakan sistem BBISV2. Berikut adalah senarai pusat pendermaan darah yang terlibat :
- Pusat Darah Negara
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
- Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
- Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
- Hospital Taiping, Perak.
- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
- 10) Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
- 11) Hospital Pulau Pinang.
- 12) Hospital Miri, Sarawak
- 13) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
- 14) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
- 15) Hospital Seri Manjung, Perak.
- 16) Hospital Umum Sarawak.
- 17) Hospital Sibu, Sarawak.
- 18) Hospital Tawau, Sabah.
- 19) Hospital Queen Elizabeth II, Sabah.
- 20) Hospital Sandakan, Sabah.
- 21) Hospital Melaka.
- 22) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan.
Maklumat Lanjut Kad Penderma Darah
Kemaskini Aplikasi MySejahtera
Berita baik buat pengguna MySejahtera!
— MySejahtera (@my_sejahtera) October 1, 2022
Kemaskini aplikasi anda untuk memaparkan Kad Penderma Darah digital anda.
Sila rujuk Soalan-soalan Lazim yang terkini di laman sesawang kami untuk maklumat lanjut.#MySejahtera2.0#KadPendermaDarah pic.twitter.com/b3chtfVeI1