Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

jawatan kosong uitm

Makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah, Master, PhD  dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA 

Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa anda kepada portal rasmi majikan seperti yang diiklankan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa  calon-calon Bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di UiTM Cawangan Selangor (UCS), Kampus Puncak Perdana secara kontrak menggunakan peruntukan Tabung Amanah UCS kekosongan jawatan berikut:-

  • PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (GRED U29)
Calon-calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah dinyatakan di atas bolehlah membuat permohonan dengan mengikut panduan mengisi jawatan kosong yang telah dinyatakan di bawah. 

Cara Membuat Permohonan

Permohonan jawatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam di https://ucs.uitm.edu.my/.

Sila kemukakan permohonan kepada:-

KETUA TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
UiTM CAWANGAN SELANGOR
KAMPUS PUNCAK ALAM
ARAS 3, BANGUNAN FF1
42300 BANDAR PUNCAK ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon: 03-32584012/4021/4003

Untuk maklumat tentang syarat jawatan, iklan jawatan bolehlah klik di bawah

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong seperti di atas ialah  11 Oktober 2022 (Selasa)


Sumber: UiTM

Previous Post Next Post