Sejak beberapa hari yang lalu, wall facebook rakan-rakan dihujani kembali dengan tag gambar dan video yang tidak senonoh tanpa pengetahuan pemilik akaun. Ini dipanggil sebagai malicious tagging.
Malicious tagging happens mostly on the social media network Facebook. It involves a friend's social media account being hacked, and “they” tag most, if not all, of their friends in a spammy post with malicious intent
Jika anda ternampak post sedemikian di facebook rakan-rakan atau di facebook kita sendiri, jangan sesekali anda klik link tersebut. Jika diklik, facebook kita pula yang akan tag rakan-rakan kita yang lain.
Dalam situasi ini, anda sebenarnya diberi pilihan sama ada untuk hide atau remove post tersebut. Kita juga boleh review mana-mana post yang ditag kepada kita sebelum dipublish di wall facebook dengan mengubah beberapa setting. Cara nak setting mudah sahaja. Jom lihat..
1. Buka profile kita dan klik butan 3 titik
2. Klik Review Posts dan Tags. Kat sini kita boleh nampak post yang ditagged. Jika ada pos lucah ditagged kepada kita, kita klik hide. Kat sini juga kita boleh pilih sama ada nak remove tag atau report
3. Seterusnya kita klik Setting. Kat sini kita boleh set post yang ditagged kepada kita perlu di review atau tak sebelum keluar di wall jika ada orang tag kita.