Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Tarikh pengemaskinian maklumat bagi pemohon yang mempunyai perubahan maklumat dan permohonan baharu yang masih tiada dalam rekod permohonan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka selama sebulan iaitu bermula pada 1 Januari sehingga 31 Jan 2022.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.
Kelayakan Menerima BKM
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Cara Permohonan Baharu BKM 2022
Layari laman rasmi BKM Visit a Link dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut :
- Status Perkahwinan - Sijil Nikah / Cerai.
- Bilangan Anak. - Sijil Lahir Anak.
- Jumlah Pendapatan - Isikan Jumlah Pendapatan Baru.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan BKM ini, boleh lah merujuk laman rasmi BKM.