Semak Status Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)

Semakan status dan pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) boleh dilakukan mulai 26 Oktober 2021 menurut maklumat  rasmi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui ciapan twitter pagi tadi. 

Semakan status BKP boleh dibuat di Portal Rasmi BKP (https://bkp.hasil.gov.my) mulai 26 Oktober 2021.

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur. Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff.

Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Oleh yang sedemikian, permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kelayakan BKP

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

  • Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
  • Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

Kaedah Pembayaran BKP


Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
  1. Pengkreditan ke akaun bank : Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) - Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif
Untuk maklumat lanjut berkaitan BKP, sila rujuk laman rasmi BKP. https://bkp.hasil.gov.my

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)
Infografik LHDN

Previous Post Next Post