Sebut sahaja Mee Celup semestinya rakyat Kelantan amnya akan terbayang keenakan rasanya. Mee celup di Kelantan sangat berbeza dengan negeri luar. Jika ada persamaan antara mee celup Kelantan dan negeri luar, itu mungkin kebetulan ataupun peniaganya berasal dari Kelantan atau pun dari Siam.
Keaslian mee celup Kelantan sukar ditandingi kerana resepi mee celup di setiap kedai di Kelantan adalah berbeza dan menggunakan ramuan rahsia mereka tersendiri. Setiap kedai mee celup mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri dan mempunyai pelanggan tetap mereka.
Bagi pelancong dalam negara, jika datang ke Kelantan tidak sah jika mereka tidak pekena mee celup. Apatah lagi perantau dari Kelantan jika balik ke kampung halaman, mereka tetap akan mencari mee celup. Betul tak?
Resepi mee celup berasal dari mana?
Mee celup di Kelantan ini mengikut kata orang-orang dulu ianya adalah makanan yang berasal dari siam dan resepinya diubah dan ada juga dikekalkan bagi menepati dengan selera rakyat Kelantan. Tambahan lagi ada rakyat tempatan telah berkahwin dengan orang sana dan membuka kedai mee celup di Kelantan.
Mee celup telah menjadi satu makanan rutin rakyat Kelantan sejak dari dulu. Biasanya mee celup dimakan pada waktu tengahari atau petang setelah balik dari kerja atau sekolah. Kedai-kedai mee celup dijadikan sebagai tempat untuk pertemuan atau lepak antara rakan-rakan setelah penat bekerja.
Terdapat berpuluh-puluh kedai yang menjual mee celup disekitar Kelantan. Jika pandai mencari tempat mee celup yang sedap, ianya sangat berbaloi untuk dicuba. Tambahan lagi harga semangkuk mee celup tidak lah mahal dan ianya bergantung kepada jenis lauk yang diminta seperti daging, ayam dan lain-lain lauk.
Mee Celup Sue Dah, PCB
Kepada pelancong luar mahupun rakyat Kelantan sendiri, jika anda mencari kedai mee celup sepanjang jalan untuk ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang rasanya menepati citarasa , bolehlah singgah di kedai Mee Celup Sue Dah.
Kedai Mee Celup Sue Dah ini terletak berhampiran dengan nasi kandar dan tidak jauh dari Masjid Ismail Petra Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Bagi admin, yang pernah makan di sini dan pernah take away, saya boleh simpulkan bahawa Mee Celup Sue Dah menepati citarasa admin. Harganya sangat berbaloi. Apa lagi kome, jom ler pi serbu esok..hihi...
- Lokasi: Kampung Banggol Jln PCB
- Waktu Operasi : Setiap hari kecuali hari Selasa [12.30 pm - 6.30 pm]
- Facebook : Mee Celup Sue Dah
Artikel ini bukannya paid review ya. Ini ikhlas dari admin. Tunggu apa lagi, moh p cuba makan kat sana