Gambar Sekadar Hiasan [Foto: rumahidaman.com.my]
Skim bantuan rumah kediaman (projek khas) ialah skim bantuan membina rumah kepada golongan yang layak.
Syarat Am Memohon
- Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
- Beragama Islam.
Syarat Khusus Memohon
- Merupakan bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baru dan bukannya untuk membaiki rumah yang sedia ada.
- Kriteria pemilihan penerima sebagaimana berikut :
- Penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin. Keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).
- Tanah milik sendiri atau milik ibu bapa atau tanah kerajaan. Sekiranya dibina atas tanah milik kerajaan atau ibu bapa pemohon ianya hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis.
- Mempunyai tanggungan yang ramai.
- Pemohon hendaklah melalui Pejabat Tanah dan Jajahan masing-masing.
- Kos setiap rumah adalah sebanyak RM48,000.00 sebuah bagi semua jajahan.
Cara Membuat Permohonan
Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, MAIK atau Kaunter Baitulmal di masjid-masjid jajahan. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.
Sumber: MAIK