Semakan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021


Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM) dengan klasifikasi seperti berikut:

  • Miskin tegar
  • B40
  • M40


Kriteria semakan kelayakan BKC


Miskin tegar / B40

Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan:

  • Isi rumah / Warga emas – RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang – RM2,500 dan ke bawah


M40

Melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan:

  • Isi rumah - RM5,001 hingga RM9,000
  • Bujang - RM2,501 hingga RM5,000


Jumlah bayaran BKC



1. Miskin Tegar 
  • Isi Rumah - RM1,300 
  • Warga Emas sebatang kara (WE) - RM500 
  • Bujang - RM500

2. B40 
  • Isi Rumah - RM800 
  • Warga Emas sebatang kara (WE)  - RM200 
  • RM200

3. M40 
  • Isi Rumah -  RM250 
  • Warga Emas sebatang kara (WE)  - RM100 
  • Bujang - RM100

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)


Fasa 1 

Ada Akaun:
  • Miskin Tegar / B40 - mulai 6 September 2021
  • M40 – mulai 9 September 2021
Tiada Akaun:
  • Mulai 6 September 2021

Fasa 2 
  • November 2021
Fasa 3 
  • Disember 2021

Semakan Status BKC

Semakan status BKC boleh dibuat mulai 6 September 2021 di Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my). Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021.


semakan status bkc


Sumber: LHDN

Previous Post Next Post