Permohonan Rumah PPR 2021

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) merupakan gerbang utama kepada permohonan pelbagai Skim / Program perumahan yang ditawarkan kepada rakyat. Jabatan Perumahan Negara (JPN) menjadi peneraju utama dalam menguruskan maklumat data perumahan negara.

Cara Memohon Rumah PPR 2021

Pendaftaran rumah pprt perlu dilakukan terlebih dahulu melalui klik pautan ini, sprn.kpkt.gov.my/user/register

2) Setelah anda verifikasi proses pendaftaran termasuk isi no kad pengenalan anda, anda perlu login semula dan mula mengisi makumat yang diperlukan selengkapnya.


Ini termasuklah memilih skim yang anda inginkan, melengkap info terkini berkaitan diri anda sebagai pemohon, memilih projek yang anda mahu tinggal kelak, menyertakan juga dokumen tambahan yang telah disahkan. Semuanya boleh dilakukan melalui sistem permohonan rumah ppr online ini.


Syarat Kelayakan MyHome


Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah


Permohonan pembeli yang telah disemak akan dibawa kepada Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.


Syarat Kelayakan PPR Dimiliki & Disewa


Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemohon :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri


Syarat Kelayakan Rumah Transit


Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemohon :

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah

Previous Post Next Post