Permohonan Program Sayangi Rumahku

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.


sayangi rumahku yayasan perak




Konsep Program


Merupakan program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak.


Syarat-syarat Memohon


  • Warganegara Malaysia dan berkahwin.
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru)
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)


Dokumen Yang Diperlukan


  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
  • Penyata pendapatan pemohon.
  • Penyata pendapatan pasangan / waris.
  • Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.


Kategori Sayangi Rumahku


Baik Pulih


  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai   rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,   kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar  rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.


Bina Baru Rumah


Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu   uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3):

  • Bina Baru 1 Bilik
  • Bina Baru 2 Bilik
  • Bina Baru 3 Bilik


Cara Membuat Permohonan 


1. Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-


2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul


3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada 
  • Ketua Kampung
  • Penghulu
  • Ahli Parlimen / ADUN / Pemimpan Setempat

4. Kemudian hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:


Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

atau

Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak

Maklumat lanjut klik sini : Yayasan Perak
Previous Post Next Post