Tahniah dan Syabas kepada calon-calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Anda sekarang sudah selangkah untuk mencapai cita-cita anda.
[Baca] Panduan Exam Pembantu Tadbir N19
Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK41 sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini pada 8 Oktober 2021 nanti seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Penguasa Kastam Gred WK41
(Jabatan Kastam Diraja Malaysia)
(Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE))
[Tarikh Peperiksaan : 8 Oktober 2021]
[Masa Peperiksaan : 10:00 pagi - 11:00 pagi]
Calon Exam Penguasa Kastam WK41 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang persediaan yang perlu dilakukan bagi menduduki exam online Penguasa Kastam WK41 ini, jom kita baca deskripsi tugas Penguasa Kastam WK41 ini.
Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
Format Exam Penguasa Kastam WK41
Terdapat 2 seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 iaitu,
- Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.
Panduan Exam Penguasa Kastam WK41
Rujukan khusus untuk peperiksaan Penguasa Kastam WK41 untuk sesi peperiksaan 29 September 2021 bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam.
Lebih-lebih lagi untuk jawatan Penguasa Kastam WK41 ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun ini.
Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan Penguasa Kastam WK41 ini.
Bagaimana Rujukan Ini Bantu anda?
Jimat masa anda!
Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda terutamanya nota berkaitan Matematik! Anda bakal jimat 72 JAM!
Tahu bagaimana soalan ditanya!
Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + 'blur' peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaimana soalan ditanya.
Huraian format terkini
Jelas format 2019! Jika anda menggunakan rujukan 2013 - 2017, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!
Persediaan Sebelum Menduduki Exam
Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Penguasa Kastam WK41? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah
- membuat persediaan yang rapi
- membuat rujukan yang tepat
- mempunyai keyakinan yang tinggi
- berdoa dan pengharapan yang memuncak
Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Penguasa Kastam WK41