Adakah Sah Solat Di Atas Batu Sungai?

 

solat atas batu

Ada yang membangkitkan isu anggota Jabatan AMAL bersolat di atas batu sungai laluan air terjun ketika  berkhidmat di tempat kejadian kepala air di Yan, Kedah.


Dari sudut hukum fiqh, solat mereka sah kerana mereka bukan menyelam dalam air yang menyebabkan ada kemungkinan tertelan air.


Mereka umpama bersolat di atas lantai yang basah. Solat di atas lantai yang basah sah solat, termasuklah di atas batu sungai yang basah.


Adakah sah solat dalam pakaian yang basah?


Sah, selagi tidak menampakkan warna kulit di anggota aurat. Sepertimana bersolat dalam hujan, sah hukumnya. Kita pun dapat lihat pakaian mereka tidak menampakkan warna kulit sekalipun basah.


Kenapa mereka bersolat di tempat berair, tak boleh pergi ke daratan?


Kita tidak bersama mereka dan tidak tahu keadaan mereka di sana.


Mungkin di daratan penuh dengan lumpur dan tanah yang berselut, dan bersolat atas batu sungai lebih diyakini bersih dan selesa, kenapa tidak boleh?


Kenapa mereka riya' dengan mengambil gambar ketika bersolat?


Sebenarnya, lebih baik kita wangikan hati kita dengan berhusnuz zhan, mereka nak berdakwh beri galakkan supaya bersolat jemaah walau di mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.


Terima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu ini.


Kita sama-sama fikir bagaimana nak dakwah mereka yang masih berat menunaikan solat, walaupun keadaan selesa di daratan.


Kredit: Muhammad Rif'aat Razman

Posting asal:- Facebook


Previous Post Next Post