TAHNIAH kepada calon-calon yang layak menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) bagi jawatan Pembantu Penilaian W19. Calon yang berjaya menduduki exam online ini, sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki PSEE pada 29 Julai 2021 ini nanti.
Buat persediaan sebaik mungkin. Anda tak banyak masa dah. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Speed-up terus. Kalau bawak kereta tu terus gear TURBO!
Anggap ni peluang terakhir dari pihak SPA untuk anda. Ramai lagi yang isi borang SPA8i tapi tak dapat panggilan. Anda dapat! Mungkin 'next cycle' anda dah tak dipanggil. Manfaatkan peluang ni dengan menjawab sehabis baik.
- Daya Menyelesaikan Masalah
- Kefahaman Bahasa Inggeris
Daya Menyelesaikan Masalah
Kefahaman Bahasa Inggeris
Rujukan Exam Pembantu Penilaian W19
Persediaan Sebelum Menduduki Exam
- membuat persediaan yang rapi
- membuat rujukan yang tepat
- mempunyai keyakinan yang tinggi
- berdoa dan pengharapan yang memuncak
Deskripsi Tugas Pembantu Penilaian W19
Pembantu Penilaian gred W19 bertanggungjawab menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas
Syarat Lantikan Pembantu Penilaian W19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,353.00) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,409.40) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,465.80)