Ruang Solat Khas di Rumah

Pernah tak anda melihat ruang solat yang dideko dengan lawa dan cantik semasa menziarahi rumah rakan-rakan anda? Mesti anda kagum dengan dekorasi yang mereka hasilkan. Dalam masa yang sama, kita juga mungkin terfikirkan untuk memiliki satu ruang solat yang khas di rumah kita kan. Orang kata ruang solat ni nadi bagi sesebuah rumah. 


Jika ada ruang yang tidak digunakan kita mungkin boleh memanfaatkan ruang yang ada dengan membina ruang solat atau surau kecil di kediaman kita. Ruang solat ini sangat sesuai digunakan untuk seisi keluarga dan juga tetamu yang bertandang ke rumah kita.


Sekarang musim PKP dan lockdown. Mungkin ruang solat yang telah  dibina dan dideco boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya untuk solat, membaca al-Quran, takzirah ringkas dan sebagainya.


Bagi yang mencari idea untuk membina ruang solat yang cantik dan praktikal, bolehlah melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Inspire to be Islamic melalui facebook. Mungkin ruang solat ini boleh dijadikan rujukan bagi yang ingin membina ruang solat di rumah.







Antara kelebihan ruang solat dirumah

  • Boleh digunakan untuk solat berjemaah bersama keluarga
  • Tempat belajar mengaji, mengkaji kitab dan tazkirah ringkas
  • Ruang berdiskusi atau berkongsi pendapat dan ilmu berkaitan agama antara ahli keluarga 
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga


Gambar: Facebook / Google 

Boleh juga lihat ideal ruang solat di Ilham Dekorasi

1 Comments

Previous Post Next Post