Alamak!! Tiada Pilihan Kurier Penghantar Di Shopee

shopee


Sudah sedia maklum bahawa Shopee adalah platform membeli belah secara online yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia khususnya. Platform ini adalah salah satu platform membeli belah secara online yang menjadi pilihan pengguna kerana lebih selamat, banyak pilihan barangan dan sesiapa sahaja boleh menjadi peniaga melalui platform ini.


Bermula 17 Jun 2021, pengguna Shopee tidak lagi dibenarkan untuk memilih syarikat kurier penghantar semasa melakukan pembelian menggunakan platform ini.  


Dengan ciri Jenis Perkhidmatan Standard yang baru, Shopee secara automatik akan memilih saluran penghantaran terbaik untuk menangani semua pesanan mulai 17 Jun 2021. ⁣


Apa manfaat kepada pembeli? ⁣

✓ Peningkatan prestasi dan perkhidmatan penghantaran untuk pesanan anda.⁣

✓ Pesanan diberikan kepada penyedia penghantaran terbaik berdasarkan kapasiti penghantaran & prestasi penghantaran untuk memastikan pengurusan penghantaran yang berkesan dan cekap untuk pesanan anda.⁣

✓ Dengan Shopee yang terkawal, ciri baru ini akan membantu mencegah kelewatan penghantaran kerana masalah berlebihan yang dihadapi oleh penyedia penghantaran. 

✓ Bayaran penghantaran dioptimumkan serendah RM2! ⁣

✓ Nikmati Penghantaran Percuma * hingga 5kg! ⁣

⁣ 

shopee

Sumber: IG Shopee


Previous Post Next Post