Tips Elak Akaun di Godam oleh Hacker

hacker opsbedil israel

Jika korang mengikuti perkembangan tentang serangan pihak Israel ke atas Palestine dengan mengorbankan banyak nyawa orang yang tidak bersalah, mesti korang sudah terbiasa dengan istilah koyak, mak kau hijau, opsbedil, israelkoyak, save Palestine, tentera bawang Malaysia dan sebagainya.


Walaupun Malaysia tidak berdepan dengan situasi peperangan tersebut, namun rakyat Malaysia juga tidak terkecuali membantu rakyat Palestine melakukan serangan psikologi terhadap Israel iaitu melakukan buli siber (cyberbully). Selain itu, serangan siber yang dilakukan oleh hacker Malaysia dan beberapa buah negara lain juga berjaya mengodam beberapa laman web negara Israel.


Akibat dari serangan siber yang dilakukan oleh rakyat Malaysia, Israel kini sedang melakukan serangan balas terhadap negara yang melakukan serangan siber. Malaysia juga tidak terkecuali mendapat serangan dari pihak Israel.


Di sini, admin kongsikan tips untuk mengelakkan page atau akaun di ambil alih dan digodam oleh pihak ke tiga (Hacker / Attacker) yang telah dikongsikan oleh  team hacker #DragonForceMalaysia dalam misi dan visi #OpBedil #OpIsrahell



 Tips elak akaun di godam

  • Jangan Menekan pautan link tidak dikenali
  • Jangan memberi maklumat peribadi anda kepada “unsecured website”
  •  Elakkan Mendownload aplikasi luar dari googleplay (Playstore/AppStore) "third party app"
  • Jangan menggunakan kata lalun yang sama. Contohnya password Facebook "Ayam" jangan guna password yang sama untuk tweeter ataupun google. Cara yang bagus ialah menggunakan 2FA jikalau anda mempunyai masalah ingatan. Menukar katalaluan setiap 72hari 
  • Jangan download file archive/pdf yang dihantar melalui email atau Facebook oleh pihak tidak dikenali. Berkemungkinan file tersebut mengandungi rat dan sebagainya. Elakkan diri menjadi mangsa ransomware dan sebagainya.
  •  Sila semak dan pastikan anda mendapat email dari pihak yang betul. Terdapat banyak email scam/pishing yang dihantar dalam masa 1 saat kepada mangsa. Sebagai contoh email " Reset your password blah blah". Sila semak dahulu adakah itu email Official atau bukan.
  • 👆👆 Selalu dept yang pegang email ni main bukak je email yang dihantar tanpa check, so lepas ni berhati2.
  • Selalu peka dengan update yang dikeluarkan oleh pemaju. Contohnya update facebook, android, windows dan lain-lain
  • Pastikan AV( Antivirus ) di laptop/computer anda sentiasa On.

Bagi pengguna email, facebook, whatsapp dan sebagainya bolehlah mengaktifkan Two-Factor Authentication untuk menghalang akaun daripada diambil alih oleh pihak ketiga. 


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita bagi menghalang serangan siber yang dilakukan oleh pihak yang berkepentingan. 

Previous Post Next Post