Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

semakan bpn 2.0

BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19. 

Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini. 

Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, anda boleh melakukan permohonan baharu BPN 2.0  mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020 (1 bulan).

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

Penerima BPN sebelum ini (sedia ada) yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my

Pembayaran BPN 2.0

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  • Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
  • Fasa Kedua – Januari 2021
Penafian: segala info hanyalah untuk makluman sahaja. Untuk info yang lanjut sila layari laman web rasmi LHDN

Previous Post Next Post