Locked Up in Malaysia's Lockdown adalah tajuk video yang diterbitkan oleh Al-Jazeera melalui saluran youtube sengaja memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Penipuan fakta dalam video tersebut adalah bersikap prejudis dan tidak boleh dimaafkan.
Di dalam video tersebut, Malaysia dikatakan bertindak kejam dan tak perikemanusiaan terhadap hak warga asing akibat penularan wabak covid-19.
Al Jazeera sengaja memburukkan Malaysia di mata dunia terutamanya melibatkan komen-komen negatif dari warga asing yang berada di Malaysia. Hakikat dan fakta yang disembunyikan oleh Al Jazeera ialah Malaysia adalah diantara negara yang berdisiplin dalam mengekang penularan virus covid-19
Sebuah dokumentari yang diterbitkan oleh Al Jazeera berdurasi 30 minit memaparkan langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 yang menurut agensi berita antarabangsa itu sebagai menekan, tidak berperikemanusiaan dan bersifat prejudis terhadap warga asing.
Al Jazeera wajib meminta maaf kepada Malaysia kerana memburukkan negara Malaysia di mata dunia. Jom sama-sama report video tersebut di saluran youtube.
Pautan video - Locked Up in Malaysia's Lockdown