Berjumpa kembali kita dalam tips panduan blog. Saya bukannya seorang yang pakar dalam blog cuma saya kongsikan ilmu berdasarkan pengalaman saya dalam dunia blog sejak 2004 sebagai catatan untuk saya baca dikemudian hari.
Sebelum saya teruskan dengan panduan untuk menjana duit melalui pengiklanan, izinkan saya berkongsi serba sedikit tentang blog ini.
Saya berkecimpung dalam dunia blog bermula dengan domain percuma iaitu blogspot sejak tahun 2009. Selepas daripada itu, saya menggunakan custom domain menggunakan domain kickstory.net sebagai branding blog ini.
Ini adalah salah satu blog saya yang menggunakan blogspot. Saya juga mempunyai website yang menggunakan wordpress hosting berbayar sebagai blog untuk perkongsian niche tertentu.
Blog ini bukanlah blog yang gah kerana saya jarang update blog ini. Jika ada kelapangan barulah saya akan kemaskini blog ini. Jika korang perasan, blog ini mempunyai niche yang bercampur aduk. Jadi korang bolehlah menilai sendiri apa tujuan blog ini.. Blog ini hanyalah blog conteng-conteng saya sahaja kerana apa yang terlintas di fikiran, saya akan tulis.
Berbalik kepada cara untuk menjana duit melalui medium pengiklanan seperti Adsense, Mgid dan sebagainya, blog saya dijana oleh Adsense sebagai medium untuk menjana duit secara online.
Ramai yang bertanya kepada saya, apakah altenatif yang ada yang boleh digunakan untuk menjana duit jika Google Adsense tidak di approve. Melalui pengalaman yang pernah saya buat, antara altenatifnya ialah,
#1 Jadi publisher iklan kepada,
- Mgid
- Nuffnang
- Lazada
- dan lain-lain
#2 Menyertai program affiliate
- Klikjer
- Lazada
- Lain-lain affiliate program
Sebenarnya banyak lagi peluang yang ada untuk menjana duit secara online. Tapi saya hanya menyenaraikan beberapa sahaja. Nanti saya akan update lain. Jika korang ada blog dan cuba untuk memohon akaun penuh Google Adsense, jangan lupa baca perkongsian saya Bagaimana Lulus Akaun Penuh Google Adsense
Setiap blogger mempunyai cara mereka sendiri untuk menulis, berkongsi idea, menjana duit dan sebagainya. Jika korang ada perkongsia yang baik, sama-samalah berkongsi di ruangan komen di bawah.
Baca Juga Cara Google Mengesan Invalid Click