Bisnes Food Delivery Dari Rumah Lebih Untung

bisnes makan delivery dari rumah

Bisnes Food Delivery Dari Rumah. Ramai yang terkesan apabila wabak covid-19 melanda di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali terkena tempias wabak ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan bagi menghalang penularan wabak ini

Kesan wabak covid-19 dapat dilihat dalam banyak sektor seperti ekonomi, sosial, pelancongan dan sebagainya. Dari segi ekonomi, kesan dari wabak ini dapat dirasai terutamanya bagi peniaga-peniaga kecil yang 100% bergantung kepada hasil jualan harian. Sesetengah syarikat besar juga tidak terkecuali dan mereka terpaksa mengecilkan operasi mereka. Ada yang lebih parah terpaksa dibehentikan kerja oleh majikan.

Pada masa ini ramai yang mengeluh kerana kehilangan punca pendapatan. Bagi yang mempunyai kemahiran, mereka sudah mula mengubah sistem jualan mereka kepada perniagaan secara online melalui sosial media. 

Beberapa hari lepas juga viral seorang juru terbang terpaksa menjadi penghantar makanan (Grab Food) kerana terjejas dengan ekonomi pada masa ini. Sebenarnya banyak lagi rakyat mengalami nasib yang sama terpaksa mencari altenatif yang baru bagi menambah pendapatan. Jadi bisnes food delivery dari rumah adalah salah satu altenatif yang boleh kita ambil untuk menjana sumber pendapatan.

Bisnes Food Delivery Dari Rumah


Bagi yang mempunyai kemahiran memasak, ini adalah peluang yang baik kepada anda untuk memulakan bisnes food delivery dari rumah bagi menambah pendapatan sampingan. Dengan kata lain, tekanan ekonomi pada waktu ini dapat diatasi jika kita mengambil peluang yang ada dengan membuat bisnes delivery makanan. 

Pada hari ini saya ingin kongsikan panduan memulakan bisnes food delivery dari rumah kepada sesiapa yang terjejas dari segi ekonomi disebabkan covid-19, gaji asyik tidak cukup, kos sara hidup semakin menaik dan sebagainya. Mungkin panduan ini boleh membantu sesiapa yang diluar sana untuk memulakan bisnes makan ini. 

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan ebook panduan memulakan bisnes food delivery dari rumah yang ditulis oleh Abang Speggo ini,  bolehlah klik banner di bawah ini. 

 

Baiklah, saya bagitau sikit apakah isi kandungan yang terdapat dalam ebook setebal 80 mukasurat ini.


5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes
Iya! Sebelum nak mula apa-apa pun, kena ada persediaan! Jadi, saya dah ringkaskan 6 perkara yang perlu anda siapkan sebelum nak start buat bisnes makan delivery ni!

Kaedah-kaedah Jualan!
Nak buat bisnes makan ni sebenarnya ada 2 kaedah! Setiap kaedah mempunyai waktu memasak dan menghantar yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih ikut waktu kesesuaian anda... sama ada nak buat kaedah jualan #1 atau kaedah #2.

Cara Pembungkusan
Ini pun penting juga, bekas jenis apa yang pakai? Bagaimana nak bungkus supaya makanan tidak mudah rosak atau basi?

Panduan Kira Kos & Keuntungan!
Ada satu bab saya bagi contoh, macam mana nak kira kos serta, bagaimana untuk meletakkan harga jualan! .

Bagaimana Nak Mula?
Hah! Ini yang paling mustahak! Ramai orang tak tahu macam mana nak mulakan bisnes ni! Tak tahu kat mana nak cari pelanggan! Jadi, saya tunjukkan cara, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah, pantas dan tanpa mengeluarkan sebarang kos!

Panduan Bina Database Pelanggan Guna Whatsapp!
Tak perlu guna sistem rumit-rumit.. gunakan sahaja whatsapp yang memang kita gunakan hari-hari tu! Dalam ebook ni saya ajar macam mana nak simpan no pelanggan secara tersusun dan macam mana nak buat promosi kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada! .

Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan Pertama!
Saya tunjukkan strategi macam mana nak dapatkan 100 contact (nama,phone & alamat diorang) dengan pantas! Insyallah.. boleh dapat 100 nama ini dalam masa 1-2 hari sahaja! Strategi ni kena keluar kos sikit! Tapi ia sangat berbaloi!

Cara & Time Buat Iklan!
Ini sangat penting, anda perlu tahu bila waktu nak buat iklan, bila waktu nak ambil order serta bila waktu nak masak dan buat delivery!

Cabaran & Rintangan
Walaupun bisnes ini kecil risikonya, tetapi, tetap ada juga cabarannya.. saya sharekan beberapa pengalaman sebenar saya menghadapi cabaran-cabaran ini dan bagaimana saya mengatasinya!

Wabak Covid-19 yang melanda dunia sekarang ni memang akan betul-betul mengubah tabiat dan cara hidup manusia! Apabila tabiat manusia berubah, maka memang akan ada bisnes yang akan jatuh dan akan ada bisnes yang akan naik! Ambillah peluang ini untuk mendapatkan  Bisnes Makan Secara Delivery ini. 

15 Comments

  1. Memang betul time sebegini ternyata perniagaan berdasarkan makanan lebih tahan lama - tapi kena la jaga kualiti dan kuantiti kan. Thanks sebab sharing panduan ini.

    ReplyDelete
  2. teringin nak cuba tapi takut tak dapat sambutan. tq share info!

    ReplyDelete
  3. bagus ni sebab ada yang buat delivery makanan tapi tak ambil berat langsung cara bungkusan dan customer service.

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat time pkp ni kena bijak cari peluang jana pendapatan. Paling laku memang makanan harian. Yang penting kena jaga kebersihan.

    ReplyDelete
  5. Yaaa rata-rata kawan Sis pun ramai dah mula bisness makanan dan delivery ke rumah, Sis lee jadi pelanggan tetapnya hahaha...kita support kengkawan kannn...cuma meniaga kena semangat kuat, tahan risiko dan juga kena jujur dalam masakan..insyaAllah maju berjaya laaa nanti..

    ReplyDelete
  6. Memang ramai yang terkesan akibat pandemic COVID-19 tapi demi kelangsungan hidup kena buat sesuatu . Bagus tips ni at least boleh bantu mereka yang memerlukan guidance dalam biz

    ReplyDelete
  7. Sekarang ramai jual makanan kan untuk sara hidup. Tapi juallah. asalkan bersih dan selamat. Taknak lah jadi macam kes Puding Buih tu. Apa apa thank you for sharing this panduan

    ReplyDelete
  8. bagus tips ni. business makanan ni walaupun a bit penat utk sediakan, tapi untungnya ok juga nampaknya. kena rajin and kuat semangat.

    ReplyDelete
  9. Menarik ni. Sesuai untuk mereka yang nak tambah pendapatan atau mencuba sesuatu yang baru. Sekarang pulak food delivery lebih popular.

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang bagus bisness delivery dari rumah.. musim PKP ni memang bagus buat bisness mcm ni

    ReplyDelete
  11. Wow bagus perkongsian ni utk sesiapa yang nak buat bisnes makanan ni. Mcm2 tips ada.

    ReplyDelete
  12. Betul snagat. Bisness makanan time macm ni memnag masguk. Tau cara bisnes, cara marketing, mesti laku.. Kene ada ilmu juga

    ReplyDelete
  13. Yup berniaga makan time2 skrg ni mmg untung, lbh2 lagi yg buat food delivery. Org takut dah nk keluar tmpt2 yg ramai org

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, sebenarnya banyak peluang untuk jana duit masa pkp ni. kena cara silap2 boleh untung besar.

    ReplyDelete
  15. Saya tumpang gembira kerana masih dapat peluang untuk menjana duit masa PKP ni.. harap sentiasa berjaya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post