Resepi Ayam Goreng Crispy Ala KFC McD


Sedar tak sedar kita sudah hampiri pertengahan bulan Ramadan. Pada tahun ini rasa sedikit kelainan pada sambutan bulan ramadan berbading tahun-tahun yang lepas. Mungkin ada yang seronok dan mungkin yang ada yang tidak.

Apa yang pasti, ini adalah langkah yang penting untuk mencegah penularan wabak COVID-19. Sama-samalah kita menjaga diri sendiri terutamanya pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Sempena bulan ini, kickstory ingin berkongsi Resepi Ayam Crispy ala-ala KFC dan McD. Mungkin lebih sedap kot. Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Hafiz Zam. Boleh Follow pages Chef Hafizzam Offshore untuk lain-lain resepi. Jom kita masak,

(Step 1) Bahan-Bahan Perap Ayam



  1. 1kg Ayam (Semua jenis ayam)
  2. Bawang putih-(Blend)
  3. tepung Gandum 150g(Ikot banyak ayam)
  4. Tepung Jagung atau Tepung Beras 80g. (Ikot banyak ayam)
  5. Garam(Secukup Rasa)
  6. Chicken Stock(secukup rasa)
  7. Telur 6biji (ikot banyak ayam)
  8. Serebuk cili 80g(Jika Nak Spicy)
  9. Blackpapper(Jika mahu rasa blackpapper)
  10. Air 80 ml(Ikot banyak ayam)


Cara-Cara Perap


Bahan-bahan no 2 hingga 9 dicampur  dan digaul sehingga sebati seterusnya ambil ayam dan potong masukkan dalam bahan-bahan yang digaul tadi. Perap ayam selama 1 jam supaya perapan sebati dengan sempurna.


(Step 2) Resepi Tepung Ayam(Kfc Mcd)


Bahan-bahan tepung untuk menggoreng 1kg ayam;


  1. Tepung Gandum 300g
  2. Tepung jagung atau tepung beras 150g
  3. Serebuk Cili(Jika mahu spicy)
  4. Garam (Secukup Rasa)
  5. Chicken Stock(Secukup Rasa)
  6. Blackpapper (Jika Mahu rasa blackpapper)


Cara-Cara Masak 


Bahan 1 sampai 6 dicampur sekali dan digaul. Ayam yang diperap (Step 1) diambil dan disalut dengan tepung (Step 2). Pastikan minyak untuk menggoreng panas dan guna api jangan terlalu besar. Ayam digoreng selama 15 minit atau lebih sehingga masak dan garing. Angkat dan siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

Resepi/Gambar oleh Chef Hafiz Zam



1 Comments

  1. Saya akan cuba resipi ini selepas saya baiki kabinet dapur dengan pakar ubah suai yang profesional. Saya ingin makan ayam goreng untuk buka puasa nanti!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post