Adakah anda berisiko menghidapi jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19)? Ketahui status risiko jangkitan COVID-19 dengan melakukan saringan secara online yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui portal DoctorOnCall
Portal DoctorOnCall adalah satu inisiatif yang telah diwujudkan oleh pihak KKM untuk memberi infomasi yang berguna kepada masyarakat tentang COVID-19. Di samping memberi infomasi yang berguna tentang wabak ini, kita juga boleh menyemak status risiko jangkitan COVID-19 jika kita pernah berhubung dengan mana-mana pesakit yang menghidap COVID-19.
Jika kita ada apa-apa persoalan tentang COVID-19 dan memerlukan konsultasi dengan doktor, bolehlah menggunakan laman ini untuk mendapatkan nasihat virtual dengan doktor KKM secara percuma. Talian/laman ini khusus untuk mendapatkan khidmat nasihat gejala jangkitan Novel Coronavirus sahaja.Untuk pertanyaan bagi masalah lain, sila rujuk ke fasiliti kesihatan terdekat anda.
Semak status di DoctorOnCall
Rujukan
1. KKM
2. Laman Doctor On Call