Urus Duit Bisnes Guna Tabung Modal dan Tabung Untung


Pada hari ini saya nak kongsikan tips untuk menguruskan duit bisnes dengan baik supaya kita boleh nampak hasil atau keuntungan perniagaan kita. Bagi yang baru memulakan perniagaan, tips ini sangat berguna untuk dipraktikkan supaya kita boleh membuat pusingan modal tanpa menggunakan duit lain.


Sediakan 2 Jenis Tabung


Permulaan untuk menguruskan duit bisnes dengan baik, pastikan kita mewujudkan 2 jenis tabung iaitu tabung modal dan tabung untung. Tabung ini perlu disediakan supaya kita dapat asingkan duit modal atau untung yang diperolehi melalui perniagaan kita.


Duit dari tabung modal digunakan untuk membeli stok barangan yang ingin kita jual manakala tabung untung digunakan untuk menyimpan hasil keuntungan perniagaan kita. Jika kita ingin restock barangan, kita hanya perlu menggunakan tabung modal tanpa menggunakan tabung untung. Pastikan kita tidak menggunakan tabung untung untuk menambah stok barangan.

Tabung untung yang disediakan ini boleh dijadikan sebagai simpanan kita atau membeli simpanan emas sebagai aset yang tidak cair.

Contoh Simpanan Tabung Modal dan Untung


Di bawah adalah contoh simpanan dalam tabung modal dan untung,
  • Harga modal barang = RM1000
  • Jumlah jualan barangan = RM1500
  • keuntungan = RM500

Jadi duit RM1000 dimasukkan kembali ke dalam tabung modal bagi membuat pusingan modal manakala RM500 keuntungan dimasukkan dalam tabung untung. Tabung untung jangan diusik kecuali hal-hal yang mustahak. Bayangkan jika sebulan tabung untung tersimpan sebanyak RM500, kalau 12 bulan dan berapa?

Baca Bagaimana Mulakan Bisnes Di Shopee

Apa yang penting, menyimpan dalam tabung modal dan tabung untung perlu memerlukan disiplin yang tinggi supaya berjaya. Bagi yang baru memulakan perniagaan, belum terlambat untuk menggunakan tips ini bagi mengurus duit bisnes.

Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam mengurus kewangan atau keuntungan bisnes. Jika anda ada sebarang tips untuk mengurus kewangan, jangan lupa kongsikan tips  tersebut dengan kami...

Semoga bermanfaat....


Previous Post Next Post