Sudah lama saya tidak memberi tutorial kerana sedikit sibuk sejak kebelakangan ini. Pada kali ini, saya ingin memberi tutorial bagaimana ingin muat turun video (MP4) dan lagu format MP3 dari Youtube. Tutorial ini sangat berguna kepada guru-guru yang ingin memuat turun lagu atau video dari youtube.
MP3 (dengan lebih tepat lagi, MPEG-1/2 Lapisan 3) ialah sejenis algoritma audio yang mampu memampatkan saiz data audio yang asal sambil mengekalkan kualiti dan hasil bunyi yang sama atau hampir sama dengan audio yang asal - wikipedia
Ada di kalangan kita mungkin suka kepada sesetengah lagu atau video yang ada di youtube, tetapi tidak tahu cara untuk muat turun lagu-lagu dan video tersebut untuk di simpan di dalam telefon. Lagu yang dimuat turun ini juga boleh disimpan di dalam pendrive untuk dimainkan dalam kereta dan sebagainya. Jom baca cara download lagu (MP3) dan video (MP4) dari youtube
YouTube kepada Mp3
Dengan menggunakan ytmp3, kita boleh menukar video YouTube dengan mudah ke fail mp3 (audio) atau mp4 (video) dan memuat turun secara percuma - perkhidmatan ini berfungsi untuk komputer, tablet dan peranti mudah alih.
Cara untuk menukar video sangat senang, salin URL video YouTube ke dalam converter ytmp3, pilih format dan klik butang tukar (convert). Sebaik sahaja penukaran selesai, anda boleh memuat turun fail dengan mengklik pada butang muat turun.
Cara Download MP3 dari Youtube
1 Pertama sekali buka laman web ytmp3
2. Cari lagu-lagu yang kita ingin muat turun di youtube, selepas itu tekan butang SHARE
3. Selepas tekan SHARE, copy URL lagu tersebut
4. Paste URL lagu tersebut ke ytmp3 , pilih format sama ada MP3 atau MP4 dan klik CONVERT. Selepas itu klik DOWNLOAD untuk memuat turun lagu. Akhirnya selesai
Semoga tutorial saya berkaitan dengan Cara Download MP3 dari Youtube memberi manfaat dan infomasi kepada semua terutamanya kepada guru-guru yang ingin memuat turun lagu-lagu untuk dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas. Selamat mencuba. Jika bermanfaat, jangan lupa SHARE