Cara Buat Duit Dengan Shopee. Pada masa ini banyak platform eCommerce yang menyediakan pelbagai barangan atas talian dengan kadar yang murah dan berpatutan. Platform eCommerce semakin menjadi pilihan pengguna pada masa ini. Jika di imbas 10 tahun yang lalu, hanya wujud beberapa platform eCommerce sahaja di Malaysia. Namun pada hari ni, tidak terkira jumlah platform eCommerce yang menyediakan pembelian secara online. Shopee adalah salah satu platform eCommerce yang semakin meningkat maju.
Shopee Menjadi Pilihan Pengguna
Shopee telah menjadi platform pilihan pengguna pada masa ini kerana menyediakan pelbagai barangan dengan harga yang menarik. Pembelian menggunakan platform Shopee semakin meningkat tambahan lagi Shopee juga telah menyediakan aplikasi telefon pintar yang memudahkan pengguna untuk membeli barangan.
Keselamatan semasa membeli di Shopee juga menjadi pilihan pengguna. Dengan menggunakan platform Shopee ini, keselamatan pengguna adalah terjamin terutamanya semasa membuat pembayaran. Di samping itu juga, proses pengeposan barang yang dibeli melalui Shopee adalah sangat singkat jika bukan di musim perayaan.
Cara Buat Duit Dengan Shopee
Bagi pengguna yang mempunyai akaun dengan Shopee, mereka diberi peluang untuk menjadi seller dengan setkan kedai online mereka dan menjual barangan mereka. Pengguna yang mempunya produk untuk dijual, boleh menggunakan platform Shopee ini sebagai permulaan untuk membuka kedai secara online.Selain itu, pengguna juga boleh menjadi dropship dengan menjual barangan orang lain di platform Shopee.
Panduan Cara Buat Duit Dengan Shopee
Untuk memastikan anda berjaya untuk membuka kedai di Shopee, adalah baik jika anda mempunyai panduan, tips dan cara yang betul untuk membuka kedai di Shopee. Panduan ini dapat memberi infomasi kepada anda yang kali pertama untuk menjadi seller di Shopee.
Dalam Panduan Cara Buat Duit Dengan Shopee, anda akan diajar satu persatu untuk memulakan perniagaan anda di Shopee. Tunggu apa lagi? Jom mulakan langkah pertama dengan mendapatkan Panduan Shopee sebagai permulaan untuk memulakan langkah anda menjadi seller di Shopee.
sekarang ni satu kerja sahaja tak cukup, kena ada pendapatan lain jugak. teringin nak tambah pendapatan melalui e-commerce, tapi tak reti. bolehlah saya cuba lepas ni. terima kasih share :)
ReplyDeletesenang je nak buka akaun dengan shopee ni ye. silap hari bulan income berkepuk kepuk bila order masuk. sesuai sangat peniaga tempatan buka satu akaun dalam shopee senang pembeli dari satu malaysia nak dapatkan barang anda, betu tak?
ReplyDeleteAda akaun shopee sebagai pembeli. Pernah beli juga beberapa barangan. Kalau nak berniaga why not guna atas talian sebab dengan satu click barangan tiba kepada pengguna. Kita pun dapat manfaat juga kan?.
ReplyDeletesaya ada akaun shopee. tapi macam takde masa nak uruskan kedai. boleh tak share yang affliate untuk entri seterusnya? shopee macam takde. setakat ni lazada je. tak kisah la website apa pun. asalkan affliate. tq
ReplyDeletePadanlah mudah aje sesiapa yang nak jual barang dan menjadi seller. Ada cara dan panduan disediakan. Boleh try la lepas ni. Tapi takut pulak tetibe masuk order sampai tak terkawal. Haha. Btw, bagus paltform Shopee ni. Sekarang siapa semua pun ada internet/hp, buat atas talian memang mudah.
ReplyDeleteMarsha pun ada acc shopee untuk beli dan juga jual. Memang betul mudah je nak buka akaun shopee ni. Dengan adanya buku panduan yang tunjuk cara bisnes guna shopee ni memang lagi best lah.
ReplyDeleteAda akaun shopee sebagai pembeli dan peniaga. Tapi yang hat oeniaga tak aktof langsung. Sebab tak ada masa dah nak gandle business. Lagipun jarang jarang on shopee. Tapi shopee memang satu platform yang bagus untuk tambah pendapatan
ReplyDeleteShopee ni antara platform e-comerce yang sangat mudah. Tak kira untuk membeli atau menjual. Platform pun mudah dan simple, senang nak membeli, harga pun murah. Sekarang I pun tak pandang tempat lain dah kalau nak beli barang. Semua dekat Shopee je
ReplyDeleteKalau sebagai buyer, saya lagi prefer beli barang dekat shopee copare to tempat tempat lain. Rasa lebih selamat. So seller, masuk je jual dekat shopee.
ReplyDeletealhamdulillah ciktom pun meniaga kat shopee...memang best sebab caj minima dan brg jual br kena caj dr shopee..hihi
ReplyDeleteSebelum ni pernah meniaga dekat shopee tapi dah stop dah. Sebab banyak benda nak buat, buat separuh jalan je. Memanh untung kalau guna shopee sebab selalu juga shopping dekat shoppee tu
ReplyDeleteYes Shopee memang salah fav online platform untuk shopping. Banyak jenis barangan yang unik dan pelik boleh cari dekat sini. Harga pun murah & berbaloi. Kalau ada rezeki nak juga melebarkan business online di sini.
ReplyDelete