Template Pelaporan PBD Tahap 1 Terkini 2019. Muat turun template pelaporan PBD tahap 1 yang baru dikemaskini oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada 15 April 2019 bagi mengantikan template yang sedia ada. Template pelaporan ini merupakan template yang mengabungkan semua subjek dalam satu template.
Muat turun di bawah
- Template Pelaporan PBD Tahun 1 (Kemaskini 11 November 2019)
- Template Pelaporan PBD Tahun 2 (Kemaskini 11 November 2019)
- Template Pelaporan PBD Tahun 3 (Kemaskini 11 November 2019)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa.
Melalui PBD guru dapat:
- Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
- Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murni, estetika dan patriotisme.
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
- Mengetahui keberkesanan pengajarannya.
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan murid dan bukan untuk perbandingan antara individu. Guru menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran berdasarkan Dokumen StandardKurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21, serta kaedah pentaksiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan tahap penguasaan murid.
Melalui aktiviti pembelajaran seperti tugasan individu atau kumpulan, sumbang saran, perbahasan, sketsa, pembentangan, atau eksperimen, serta menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, kerja projek, laporan amali, ujian bertulis, maklumbalas secara lisan atau ujian lisan; guru dapat menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan dalam kurikulum.
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
mcmna nak log in ke BPK dibawah
ReplyDeletehttp://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/350-template-pelaporan-pbd-tahap-1?download=2979:templat-pelaporan-pbd-tahun-1
pautan sudah di baiki cikgu. dah boleh download..
ReplyDeletetak boleh pun
ReplyDeletePautan sudah dikemaskini
ReplyDeletetemplate pelaporan gabungan sek men yang terkini ada tak
ReplyDelete