Logo Dan Tema Hari Guru 2019


Logo Dan Tema Hari Guru 2019. Pada tahun 2019 ini, tema sambutan hari guru peringkatan kebangsaan ialah “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Tema ini telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan iaitu YB Dr. Mazlee Malik.

Tema Hari Guru: 

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi



Logo Hari Guru

Logo Ini Memberi Maksud:

  • Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
  • Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.
  • Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.

Semoga perkongsian Logo Dan Tema Hari Guru 2019 memberi infomasi kepada guru tentang logo dan tema hari guru pada tahun ini. Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.
Previous Post Next Post