Rangkuman Kesalahan Umum Sains Kertas 2 UPSR


Rangkuman Kesalahan Umum Sains Kertas 2 UPSR. Sains Kertas 2 kod 018/2 adalah kertas soalan yang merangkumi soalan-soalan subjektif yang berformat. Pengetahuan yang luas dalam memahami fakta sains dalam semua topik dan teknik yang betul untuk menjawab memainkan peranan yang penting dalam menjawab soalan kertas 2 ini. Pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru-guru dalam bagi memastikan murid-murid dapat menjawab kertas 2.

Jom kita baca Rangkuman Kesalahan Umum Sains Kertas 2 yang dikongsikan oleh cikgu Shahrul melalui facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul. Semoga bermanfaat.

Berikut adalah contoh-contoh kesalahan umum yang telah cikgu Shahrul huraikan dalam page facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul.

KESALAHAN UMUM INFERENS




Berikut adalah contoh kesalahan umum INFERENS yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis INFERENS.

1) Terdapat 2 buah akuarium iaitu akuarium A dan B, yang mempunyai saiz yang sama. 2 ekor ikan diletakkan di dalam kedua-dua buah akuarium tetapi terdapat lapisan minyak di dalam akuarium B.

✎ Jawapan Salah ✘
Ikan di dalam akuarium B mati kerana ada lapisan minyak

✎ Jawapan Betul ✔
Ikan di dalam akuarium B mati kerana tiada udara untuk bernafas


KESALAHAN UMUM MEMBUAT HIPOTESIS



Berikut adalah contoh kesalahan umum MEMBUAT HIPOTESIS yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis HIPOTESIS

1. MENJAWAB HUBUNGAN SECARA TERBALIK

✎ Jawapan Salah ✘
Jika ketinggian pokok bertambah maka kuantiti baja bertambah

✎ Jawapan Betul ✔
JIka kuantiti baja bertambah maka ketinggian pokok bertambah


KESALAHAN UMUM PEMERHATIAN



Berikut adalah contoh kesalahan umum PEMERHATIAN yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis PEMERHATIAN

1. TIDAK DIMULAKAN DENGAN PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS.

✎ Jawapan Salah ✘
Masa pemanasan menyebabkan suhu air bertambah

✎ Jawapan Betul ✔
Suhu air paling panas pada minit ke-7


KESALAHAN UMUM PEMBOLEH UBAH



Berikut adalah contoh kesalahan umum PEMBOLEH UBAH yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis PEMBOLEH UBAH

1. Pemboleh ubah ditulis bersama pola/corak perubahan.

✎ Jawapan Salah ✘
Saiz Ayam semakin Bertambah

✎ Jawapan Betul ✔
Saiz Ayam


KESALAHAN UMUM MERAMAL 




Berikut adalah contoh kesalahan umum MERAMAL yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis RAMALAN

1. Calon menyatakan pola atau corak yang tidak dikehendaki dalam soalan

✎ Jawapan Salah ✘
Jumlah kotak akan berkurangan

✎ Jawapan Betul ✔
Saiz kotak Lebih Besar


KESALAHAN UMUM SOALAN TUJUAN




Berikut adalah contoh kesalahan umum TUJUAN yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis TUJUAN.

1. Calon menyatakan tujuan dengan ayat kefahaman sendiri. (SAYANG CIKGU BM)

Jawapan Salah ✘
Tujuan Penyiasatan ini ialah mengkaji anak ayam dan bulan

Jawapan Betul ✔
Untuk menyiasat hubungan diantara bilangan bulan dengan jumlah anak ayam.


KESALAHAN UMUM KESIMPULAN




Berikut adalah contoh kesalahan umum KESIMPULAN yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis KESIMPULAN,

1. Calon menyatakan KESIMPULAN dengan ayat BAHASA MELAYU PEMAHAMAN. (SAYANG CIKGU BM)

✎ Jawapan Salah ✘
Kesimpulan bagi Penyiasatan ini ialah anak ayam bertambah bila bulan bertambah

✎ Jawapan Betul ✔
Apabila bilangan bulan bertambah, Maka bilangan anak Ayam bertambah..

Semoga perkongsian tentang Rangkuman Kesalahan Umum Sains Kertas 2 UPSR oleh cikgu Shahrul ini dapat memberi infomasi kepada guru, ibubapa dan murid-murid dalam mengenal pasti kesalahan yang sering murid-murid lakukan semasa menjawab soalan sains kertas 2.

Sumber: Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

1 Comments

Previous Post Next Post