Himpunan Template Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


Himpunan Template Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) bertujuan untuk memupuk murid yang mempunyai nilai etika dan kerohanian, bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan, menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid, dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD juga dapat
mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna.

Templat Pelaporan  PBD adalah khusus untuk kegunaan semua guru mata pelajaran  bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) untuk KSSR/KSSM Semakan 2017 boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.

Template PBD Sekolah Rendah (KSSR Semakan 2017)
  1. Template Pelaporan PBD Tahun 1 KSSR Semakan 2017
  2. Template Pelaporan PBD Tahun 2 KSSR Semakan 2017
  3. Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2017

Template PBD Sekolah Menengah (KSSM Semakan 2017)
  1. Template Pelaporan PBD Tingkatan 1 KSSM Semakan 2017
  2. Template Pelaporan PBD Tingkatan 2 KSSM Semakan 2017
  3. Template Pelaporan PBD Tingkatan 3 KSSM Semakan 2017

Template PBD Dual Language Programme
  1. Template pelaporan dual language programme (DLP)

Template Pelaporan Gabungan Kelas

Templat Pelaporan Gabungan 2018 adalah khusus untuk kegunaan guru kelas atau guru tingkatan bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang baru dikeluarkan pada tahun 2018. Templat ini mengandungi semua mata pelajaran yang diambil oleh murid dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Ia membantu guru kelas dalam membuat pelaporan kepada semua pihak yang berkepentingan seperti pentadbir, ibubapa, PPD dan juga JPN apabila diperlukan.

Selain itu templat gabungan ini membantu memudahkan pengurusan rekod perkembangan pembelajaran murid dengan hanya satu pelaporan mewakili semua mata pelajaran. Sehubungan itu juga memberi kemudahan untuk proses cetakan dan tidak membebankan pihak sekolah dengan membantu dari segi penjimatan kos kertas dan sebagainya.

  1. Tempat Pelaporan PBD Gabungan Kelas 


Garis Panduan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Murid Tahap 1


Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun di Tahap I adalah untuk membolehkan guru memberikan lebih penumpuan terhadap PdP yang dapat membina karakter dan sahsiah murid dan amalan nilai rutin harian. Pelibatan ibu bapa juga penting dalam usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bebas tekanan kepada murid di peringkat awal usia persekolahan.

Garis Panduan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Murid Tahap 1 ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang kaedah pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seiring dengan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap I di semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.

Baca Garis Panduan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Murid Tahap 1 

Template Pelaporan Bukan Semakan 2017


Template pelaporaan untuk KSSR yang bukan Semakan 2017 boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.


  1. Pelaporan KSSR Tahun 4
  2. Pelaporan KSSR Tahun 5
  3. Pelaporan KSSR Tahun 6
  4. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6)


Semoga perkongsian Himpunan Template Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dapat memberi infomasi kepada guru-guru dalam membuat pentaksiran bilik darjah.





Previous Post Next Post