Aktiviti Webinar Tambah Jam Berkursus LDP


Aktiviti Webinar Tambah Jam Berkursus LDP. SPL KPM iaitu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia memberi peluang kepada guru untuk melibatkan diri dalam sesi perkongsian ilmu atau seminar secara dalam talian.

Berdasarkan keperluan semasa, satu modul baru berkaitan LDP aktiviti e-Pembelajaran bagi kategori sesi perkongsian ilmu/seminar/dll. secara dalam talian (siaran langsung) telah disediakan untuk tujuan tawaran dan perekodan penglibatan dalam aktiviti tersebut.

Selepas tamat sesi perkongsian secara dalam talian, jam berkursus akan direkodkan oleh SULDP. Jadi, guru-guru yang tiada masa untuk membuat LDP atau membuat book review bolehlah melibatkan diri dalam aktiviti webinar ini untuk menambah jumlah jam berkursus.

Laman web SPLKPM : https://splkpm.moe.gov.my

Di bawah adalah aktiviti webinar dalam masa yang terdekat. Guru -guru bolehlah menjalankan aktiviti e-pembelajaran ini.



TATACARA MENGIKUTI WEBINAR (WEB SEMINAR) KPM TAHUN 2019



Semoga perkongsia tentang Aktiviti Webinar Tambah Jam Berkursus LDP dapat memberi infomasi kepada semua guru-guru. Jangan lupa SHARE untuk pengetahuan setiausaha LDP sekolah masing-masing ya.
Previous Post Next Post