Semakin kerap ejakulasi, semakin rendah risiko kanser prostat?
Dalam satu kajian yang melibatkan hampir 32 ribu lelaki, pengkaji telah mendapatkan informasi dari peserta mengenai kekerapan mereka ejakulasi.
Bagaimana ia berlaku? - sama ada menerusi hubungan intim, onani atau mimpi basah, semuanya di ambil kira.
Hasil kajian menemui, lelaki yang melakukannya melebihi 21 kali setiap bulan mempunyai 20% risiko kurang untuk menghidap kanser prostat berbanding yang hanya melakukannya 4 hingga 7 kali setiap bulan.
Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak kajian lanjut yang perlu di lakukan untuk mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi kajian ini.
Kanser prostat merupakan kanser ke 4 yang sering berlaku di kalangan lelaki Malaysia. Ujian saringan kanser prostat di galakkan sekiranya anda berusia 50 tahun ke atas.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia