Nyaris Ditipu Taktik Terbaru Scammer Di Shopee


Nyaris Ditipu Taktik Terbaru Scammer Di Shopee. Laman web Shopee tidak asing lagi kepada kita kerana Shopee antara platform membeli belah secara atas talian (online shopping) yang menjadi pilihan semua golongan kerana platform ini menawarkan harga barangan yang murah dan berpatutan.

Walaupun Shopee adalah platform membeli belah atas talian yang dikatakan lebih selamat, namun kita mesti berhati--hati dengan kegiatan licik scammer untuk menipu pelanggan. Sebelum membeli sebarang produk di semua platform atas talian pastikan urusan jual beli hanya di atas talian platform tersebut. Jangan sesekali membuat pembayaran diluar platform tersebut bagi menjamin keselamatan urusniaga online.

Baca perkongsian oleh Faiz Zarizi tentang beliau nyaris ditipu scammer semasa berurus niaga di platform Shopee. Berhati-hati dengan kegiatan scammer yang tidak bermoral ini.

TAKTIK TERBARU SCAMMER SHOPEE


1. Benda ni real. Sebab jadi kat aku sendiri. Nak jadikan cite aku memang tengah nak cari TV baru. Sekali ternampak plak iklan kat Shopee TV Haier 65” Smart Android - RM1499.17. Halfprice kot. Kat Giant harga dia RM2999.



2. Dengan penuh rasa excited aku pun terus beli walaupun aku tau seller ni baru create account 9days ago time tu, and takde lagi customer feedback or rating for the product. Aku pikir positif, maybe seller ni buat clearance stock. Sapa cepat dia dapat.

3. Esoknya tiba2, aku dapat whatsapp dari seller. Benda ni tak pelik lagi. Sebab mmg seller boleh dapat info phone number ngan email kita. Seller ni cakap, barang dah siap pack and ready to ship. But before that, dia nak verify aku dulu.



4. Dia cakap lepas ni aku akan dapat SMS verification code dari shopee, and i need to give him the code. DAMN. Macam real gila sebab aku memang dapat SMS dari shopee number 63360 tu. Of course la aku tak bagi, sebab sepanjang aku duk membeli belah kat shopee tak penah lagi la seller request macam ni.


5. Sebab dah ada transaction tolak dari credit card, aku terus request nak refund. Kalau kat shopee, dorang pakai system, selagi customer tak received barang untuk certain time, selagi tu dorang tak release payment kat seller. Kira kita ada masa untuk request refund/return kalau barang tak sampai atau rosak.

6. FYI, biasa kita dapat SMS verification code dari Shopee ni untuk request tukar password atau time kita first time login new browser. Kau bayangkan la kalau aku bagi verification code tu. Dia hijack account aku pastu click “order received”, shopee release payment ke dia. Takpun dia amik details credit card kita ke.

7. Aku dah call shopee, apa action patut aku atau dorang buat kat seller macam ni. Sebab aku taknak orang lain terkena, especially first time user ke. Shopee suruh aku report (nanti aku ajar step) pastu nanti dorang take action. Aku terus report, tapi macam takde action apa, seller tu still wujud. Esoknya aku call lagi, baru dorang remove seller tu.

NEW UPDATE.

- Aku baru check kat shopee. Seller tu create account baru. Sebab aku ingat lagi lasti time dia pakai username “electronicplaza227”. Ini yang baru dia pakai username “plazaelektronik227”.

Sumber: Fb Faiz Zarizi
Previous Post Next Post