Ebook Koleksi eRPH STEM PAK21


E-RPH adalah satu rekod online sebagai rekod pengajaran yang digunakan pada masa kini. eRPH sudah mula digunakan oleh banyak sekolah kerana lebih mudah digunakan dan senang untuk diakses. Penyediaan eRPH dalam merancang pengajaran yang melibatkan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) adalah sangat mudah.

Hari ini saya nak kongsikan ebook yang mengandungi koleksi eRPH STEM PAk21 yang dihasilkan oleh guru-guru di seluruh negara semasa seminar erph tahun lepas dengan bantuan Jurulatih Utama erph . Ebook ini diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh  dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia di web eduwebtv.com.

 eRPH yang melibatkan pembelajaran Abad Ke21 yang dihasilkan oleh saya semasa bengkel peringkat kebangsaan dulu juga ada dalam koleksi ini. Semoga bermanfaat untuk semua

Download sini

*untuk download klik sebelah kanan ikon Koleksi eRPH STEM PAK21. Mohon cikgu2 jangan share link google drive untuk muat turun ebook ini. Share link http://www.eduwebtv.com/ sahaja.

eRPH yang dikongsi ini adalah bagi subjek Matematik, Sains dan lain-lain subjek untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Sesuai digunakan untuk rujukan bagi pembelajaran abad ke 21.


Previous Post Next Post