Sudah lama saya tidak memberi tutorial kerana terlalu sibuk sejak akhir-akhir ini. Pada kali ini saya ingin memberi tutorial berkaitan bagaimana cara buang background gambar tanpa menggunakan perisian (software). Bagi yang berkecimpung dalam bidang fotografi, kepakaran mereka dalam editing menggunakan Adobe Photoshot tidak boleh dinafikan lagi.
Tetapi, korang juga boleh menjadi pakar seperti mereka dengan membaca dan belajar tutorial yang akan saya berikan pada hari ini. Kalau korang nak tahu, banyak aplikasi android dan website yang menyediakan perkhidmatan percuma kepada kita untuk membuat suntingan dan membuang background gambar.
Pada kali ini, saya ingin ceritakan tentang satu website yang boleh digunakan untuk membuang gambar latar (background) dengan mudah dan cepat. Latar belakang gambar yang tidak dingini dapat dibuang jika di dalam gambar tersebut ada manusia dan bukannya objek. Error akan muncul jika kita cuba untuk membuang gambar background yang hanya ada objek di dalam gambar tersebut.
Jom baca cara Buang Background Gambar Tanpa Guna Software
Step 1: Buka https://www.remove.bg/
Step 2: Upload gambar korang (semakin tinggi resolusi gambar semakin baik)
Step 3: Tunggu gambar diupload dan lihat hasilnya
Gambar masa kat Sabah ni
Step 4: Download gambar tersebut dan selesai.
Korang bolehlah nak letak gambar korang di mana-mana sahaja background yang korang suka. Selamat mencuba. Tunggu apa lagi? Jom lah cuba..Korang pun boleh jadi pakar dalam bidang fotografi ni
Tutorial By Huzaini Ismail