Roti Goreng Sosej Cheese Leleh Viral


Trend makan makanan bersama cheese (keju) menjadi kegilaan ramai sama ada makanan berintikan cheese, ditabur cheese. kek cheese dan sebagainya. Rata-rata peminat cheese, banyak membuat inovasi makanan yang bertemakan cheese.

Cheese merupakan makanan yang popular di dunia terutamanya di negara-negara Eropah seperti Perancis Itali dan lain-lain. Cheese atau keju sebenarnya sudah lama diperkenalkan. Yang membezakan cheese dulu dan sekarang adalah cara pembuatannya. Pelbagai jenis cheese sedap seperti cheddar, mozzarella, krim cheese, parmesan cheese dan pelbagai jenis cheese yang lain.

Hari ini, saya nak kongsikan resepi viral roti goreng sosej cheese yang sedap dan menarik. Sesuai disediakan untuk sarapan ataupun minum petang. Resepi yang ringkas ini diperolehi dari fb kaki ayam.

Bahan-bahan:
  1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh
  2. Sosej
  3. Cheese
  4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak
Cara-cara:
  1. Sediakan 2 keping roti.
  2. Letakkan cheese dahulu di atas roti
  3. Letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.
  4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi
  5. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.
  6. Celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.
  7. Panaskan kuali dan goreng.
  8. Siap!


Sumber: Facebook Kaki Ayam
أحدث أقدم