Permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus

Pengenalan kepada RMRPlus adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR. Program RMRPlus adalah program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak mendapat subsidi di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) kerana melebihi syarat minimum program.

Syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik, atau mendapat kebenaran bertulis daripada tuan tanah
  4. Keluasan tanah minima 3,750 kps (50' x 75')

Ciri Rumah yang ditawarkan


Image oleh SPNB

  1. Villa Mesra Simfoni (RM108,888, 1000 KPS) - Borang Permohonan
  2. Villa Mesra Andaman (RM108,888, 1000 KPS) - Borang Permohonan
  3. Casa Mesra Perdana (RM126,666, 1200 KPS) - Borang Permohonan
  4. Casa Mesra Impian (RM126,666, 1200 KPS) - Borang Permohonan

Untuk melihat design rumah klik sini http://www.spnbmesra.com.my/

Sumber: SPNB
أحدث أقدم