Permohonan Online Rumah SelangorKu

Gambar Hiasan Oleh SetiaAlam

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku

Menerusi berita Sinar Harian, harga kediaman Rumah Selangorku kini RM20,000 lebih murah menerusi Dasar Rumah Selangorku 2.0 yang diperkenalkan Kerajaan Selangor sejak April. Pengurangan harga itu dapat dimanfaatkan rakyat negeri ini selari dengan manfaat diterima pemaju iaitu  pengurangan keluasan daripada 1000 kaki persegi (kps) kepada 900kps. Rumah Selangorku kini harga mampu dimiliki bermula dari RM42,000

Syarat Permohonan Rumah SelangorKu

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  7. Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
  8. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

Cara Memohon

Permohonan rumah selangorku boleh dilakukan menerusi laman web http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/


Maklumat Lanjut http://lphs.selangor.gov.my/index.php/
Previous Post Next Post