Negeri Kelantan di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), akan memperkenalkan sistem letak kereta elektronik-web yang baru bagi mengantikan meter parking yang berwarna hijau seiring dengan kemajuan teknologi di Kota Bharu.
Kaedah pembayaran menggunakan sistem letak kereta elektronik-web yang baru ini boleh dilakukan dengan cara
- Menggunakan syiling
- Touch n Go
- Aplikasi telefon pintar
- Tekan butan
- Masukkan syiling
- Tekan nombor plat kereta
- Tekan butan dan tiket dikeluarkan
- Paparkan tiket di dashboard kereta
Kepada pengguna yang mempunyai saman parking sebelum ini bolehlah mendapatkan diskaun pembayaran dengan harga RM5 sahaja mulai 11/10/2018 hingga 14/10/2018 di Booth MPKB di Ekspo Stadium.
Majlis pelancaran sistem letak kereta elektronik-web akan dilaksanakan pada 15 Oktober 2018 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dataran Bandar Raya Islam
Sumber: Mpkb