Cabaran hidup di alaf ini adalah bagaimana kita dapat menyesuaikan diri dengan perubahan pelbagai dimensi hidup dari segi politik, sosial dan ekonomi. Saban hari kita lihat ramai yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga barangan keperluan harian semakin meningkat tanpa kawalan.
Dengan kehidupan sekarang yang serba serbi memerlukan duit kita tidak boleh bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Pendapatan yang diperolehi tidak mungkin cukup untuk kita bagi menampung keperluan yang mendesak apatah lagi mahu membuat simpanan. Bagaimana nak mengatasi hal ini?
BISNES! Ya, bisnes lah boleh menolong kita menambah side income atau saving bagi menampung perbelanjaan kita. Pelbagai jenis bisnes yang kita boleh lakukan sama ada direct selling, dropship, online bisnes dan lain-lain. Dalam memulakan bisnes, risiko perlu ditempuhi sama ada berjaya atau tidak. Untung atau rugi adalah bergantung kepada cara kita menangani sesuatu masalah.
Jika kita mahu mulakan bisnes di usia 30an atau 40an seperti saya, adalah masih tidak terlambat. Lihat sahaja Jack Ma pengasas Alibaba, beliau berjaya bukannya di usia muda. Sebelum beliau berjaya, pelbagai kegagalan telah beliau tempuhi.
Hari ini saya ingin berkongsi tips mula berniaga bagi yang bekerja
1. Set minda kita dengan betul
Jika ingin berjaya dalam bisnes, sentiasa berfikiran positif dan setkan minda kita bahawa kita juga boleh berjaya jika berusaha. Jika kita gagal dalam sesuatu perniagaan, jangan berhenti sampai situ sahaja. Belajar dari kegagalan yang lalu. Mulakan dari bawah semula.
2. Mulakan dengan modal yang kecil
Saya sebelum ini berkecimpung dalam bisnes online sebagai dropship dengan modal yang kecil. Saya mempromosi barangan dropship melalui platform facebook dan blog. Walaupun tiada sangat keuntungan, tetapi kita cuba belajar untuk mencari pengalaman untuk berniaga. Mulakan dengan modal yang kecil. Jika rugi, tidaklah kita merana. Walaupun untung atau rugi kita tetap dapat pengalaman kan.
3. Bina jaringan perniagaan
Untuk berniaga secara kecil-kecilan, jaringan perniagaan antara ahli keluarga dan rakan adalah penting. Kita boleh bekerjasama antara ahli keluarga atau rakan untuk memulakan bisnes kita. Jaringan perniagaan ini akan semakin berkembang jika ada kerjasama antara ahli.
4. Belajar dan sentiasa menambah ilmu perniagaan
Jika ada peluang untuk menambah ilmu dalam perniagaan, cubalah hadirkan diri seperti menghadiri seminar, perbincangan dengan orang yang arif tentang selok-belok perniagaan serta berkongsi idea dengan orang-orang yang telah berjaya dalam perniagaan
5. Pilih waktu berniaga yang sesuai
Sekiranya kita ingin mulakan bisnes sama ada secara online atau offline, pastikan kita memilih waktu yang sesuai untuk menjalankan perniagaan. Apa yang pasti jangan kita abaikan tugas hakiki kita. Jangan berniaga sewaktu kita menjalankan tugas hakiki kita. Kita mungkin boleh berniaga waktu petang, malam atau hujung minggu.
6. Belajar urus duit
Ini adalah yang paling sukar kita lakukan. Kita perlu mengurus duit dengan betul terutamanya melibatkan keuntungan. Jangan guna duit modal untuk berbelanja. Seeloknya simpan duit modal untuk membuat pusingan modal. Selain itu, duit keuntungan kita hanya gunakan sedikit sahaja. Selebihnya disimpan.
7. Pilih rakan yang berfikiran positif
Dalam berniaga, pemilihan rakan adalah sangat penting bagi memberi kata-kata positif serta berkongsi idea bagi memajukan sesuatu perniagaan.
8. Fokus hanya satu jenis perniagaan ataupun perkara yang kita minat sahaja
Bagi memulakan perniagaan untuk orang yang bekerja, kita perlulah fokus kepada hanya satu perniagaan sahaja. Sebagai contoh, jika kita minat menjual gadget, maka kita boleh menjual pelbagai jenis gadget dan tak perlulah kita menjual baju di samping menjual gadget.
Dah habis baca tips berniaga bagi yang bekerja? Jadi bolehlah kita mengorak langkah untuk mencari apa barangan yang kita boleh jual. Jika tiada barang untuk dijual, bolehlah kita mencuba menjadi dropshipper.
-Huzaini Ismail-
Tips yang bagus. Macam bagi motivasi je untuk saya yang masih suam-suam kuku dalam dunia perniagaan ni. Haha Saya sedang cuba dan nak jugak tambah income yang sedia ada. Dapat yang pasif pun jadilah. Untuk jangka masa panjang. InsyaAllah
ReplyDeletebagus tips2 ni semua dan mmg bnyk betulnya, elok jadikan panduan unt yg nk berniaga sambil bekerja tu kan. so far qeela pon ada berniaga juga, buat dropship je tp sekadar suka2 je yet still, ada jugak amalkan tips2 ni hehe.
ReplyDeleteMemang teringin nak buat. Bila nak start buat tersibuk menda lain pulak then terkubur pula impian tadi tu. Nak buat big scale memang masalah bajet la pulak. At least dapat jualan dan untung secara pasif dari blog pun ok buat tambah2 pendapatan.
ReplyDeleteThank you share tips. Memang minat sangat berniaga tapi selalu separuh jalan je. Kena tengok bagi sekeliling nak bagi naik semangat semula
ReplyDeleteThank you for sharing these tips. Memang dah lama teringin berniaga tapi asyik tak mencapai je. Cepat sangat hilang focus lepas ti give up. Tak tahu sebenarnya apa yang diniagakan sebenarnya.
ReplyDeleteTips menarik. Saya pun berniaga dropship.masih merangkak.hehe. Terima kasih atas tips ni.
ReplyDeleteThanks for sharing all these tips! I always find myself struggling to start business, hopefully one day I can be the boss of myself!
ReplyDeleteBetul. Zaman sekarang memang kena ada extra-income.
ReplyDeleteDan bila nak berniaga, mohonlah berguru pada yang pakar agar tidak kerugian dan semangat membara itu kekal membakar.
Terima kasih atas tips ini.
Tips yang bagus. Saya pun biasa duk buat online bisnes sampingan untuk side income. Alhamdulillah, bermula secara kecil-kecilan orang kata.
ReplyDelete