Promosi Domain Murah Hanyalah Gimik


Domain adalah nama unik yang diberikan untuk mengidentifikasi alamat (IP address) server komputer seperti web server atau email server di internet. Domain memberikan kemudahan kepada pengguna internet untuk melakukan akses ke server dan memudahkan mengingat server yang dikunjungi bagi mendapatkan maklumat yang ingin di akses. Nama domain yang dijual murah adakah berbaloi?

Ramai yang tertarik dengan promosi domain murah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat hosting di Malaysia mahupun di luar dari Malaysia. Ada harga domain yang ditawarkan sehingga RM5 untuk satu domain dan menarik minat sesiapa sahaja dengan tawaran harga rendah tersebut. Adakah berbaloi mendapatkan domain yang murah tersebut? Saya rasa berbaloi jika kita hanya mahu gunakan domain tersebut untuk setahun sahaja. Untuk jangka panjang saya rasa sangat rugi.

Bagi pendapat saya, sebenarnya promosi domain murah hanyalah gimik marketing pihak hosting sahaja. Saya mengatakan sedemikian kerana saya juga tidak terkecuali membeli domain yang ditawarkan dengan harga yang murah. Kenapa saya cakap itu hanya satu gimik? Ini kerana harga domain yang murah serendah RM5 hanya untuk tahun pertama sahaja. Tahun seterusnya untuk renew domain tersebut harga nya lagi mahal sehingga mencecah RM120 untuk renew.

Rugi sangat apabila terbeli domain yang murah sedangkan untuk renew domain pada tahun seterusnya adalah mahal..Saya lebih suka membeli domain di syarikat hosting yang biasa saya gunakan kerana harganya lebih murah. Renew setiap tahun juga adalah rendah berbanding syarikat hosting yang lain.

Pada masa ini, saya juga telah mewujudkan satu website baru dengan hosting sendiri iaitu cikgupress.com. Domain untuk website saya juga telah dibeli di syarikat hosting yang sama saya gunakan untuk domain kickstory.net. Masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza terhadap syarikat hosting yang mereka suka atau tidak suka. Saya lebih suka melihat kepada perkhidmatan yang ditawarkan dari syarikat hosting berbanding dengan harga yang murah.


Previous Post Next Post