Peperiksaan UPSR bakal tiba tidak lama lagi. Anda sebagai pelajar tentunya sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Jom ketahui tip-tip mengulang kaji pelajaran berikut bagi memantapkan sesi ulang kaji anda!
1) Baca Buku Teks Dan Nota Pelajaran.
Anda harus menjadikan aktiviti membaca buku teks dan nota pelajaran sebagai amalan seharian mereka. Ini dapat membantu anda memahami pelajaran yang diajar di sekolah dengan lebih mudah dan pantas, malah fakta-fakta juga akan lebih mudah untuk dihafal!
2) Kaji Soalan Dan Jawapan Peperiksaan Tahun-Tahun Lepas.
Anda juga perlu membiasakan diri menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun lepas agar lebih mudah memahami format soalan peperiksaan. Secara tidak langsung, andajuga dapat menguji kefahaman tentang setiap subjek dan topik yang dipelajari.
3) Tetapkan Masa Untuk Mengulang Kaji.
Tetapkan masa untuk melakukan ulang kaji. Masa yang mencukupi amat penting kerana ia akan membuatkan anda lebih bersedia dan tenang semasa melakukan ulang kaji. Antara waktu terbaik untuk melakukan ulang kaji ialah 6 – 8 minggu sebelum peperiksaan bermula.
Sumber: Frogasia