Semak Akaun Yang Ada Report Melalui Portal CCID


Sekarang ini jenayah cyber semakin menjadi-jadi. Kes penipuan yang melibatkan scammer semakin meningkat di mana mangsa penipuan akan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun pihak scammer tanya mengetahui status akaun tersebut sama ada selamat ataupun tidak.

Melalui portal Jabatan Siasatan Kenayah Komersil (CCID Portal), kita boleh menyemak sama ada nombor akaun pihak ketiga pernah dilaporkan sebagai scammer atau pun tidak. Nombor akaun yang digunakan oleh pihak scammer akan dipaparkan jika nombor akaun itu di dapati pernah memanipulasi mangsa.

CCID portal ini boleh digunakan sebagai medium untuk menyemak kesahihan nombor akaun peniaga, penyewa dan sebagainya. Oleh itu, jika nombor akaun pihak ketiga dilabel sebagai scammer, kita perlu berhati-hati dalam membuat urusan perniagaan, jual beli, sewa dan sebagainya dengan pemilik akaun yang dilabel sebagai scammer.

Berdasarkan CCID portal setakat ini (1 Ogos 2018), Kickstory melihat sistem ini dalam tempoh percubaan. Jika sistem ini digunakan kelak, mungkin jenayah penipuan cyber berjaya dikurangkan dan individu yang menjadi dalang scammer dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.

CCID Portal: http://ccid.rmp.gov.my/
Check for Scams: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Previous Post Next Post