Tips Penting Merawat HFMD - Public Health Malaysia
Table of Contents
Jom baca tips penting merawat HFMD yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia. Mohon penjaga ambil maklum mengenai beberapa tips penting berikut
- 7 hari pertama merupakan tempoh paling berisiko untuk penyakit ini merebak dan menjangkiti kanak kanak lain.
- Pesakit HFMD perlu di asingkan selama 10 hari bermula dari hari permulaan gejala
- Dalam tempoh pengasingan ini, elakkan membawa kanak kanak ke luar rumah terutamanya di kawasan yang padat seperti pasaraya, pasar malam, taman permainan dan lain lain.
- Pastikan kanak kanak minum air dan tidak dehidrasi. Kencing yang pekat atau kurang kending merupak antara petanda awal air badan berkurangan.
- Ice cream dan minuman yang sejuk mengurangkan kesakitan dalam mulut.
- Hal ini penting kerana air, makanan berkhasiat serta rehat yang mencukupi adalah faktor yang mempercepatkan penyembuhan
- Kanak kanak boleh kembali ke sekolah/ tadika sekiranya tiada lagi gejala demam dan ruam telah kering sepenuhnya
- Dapatkan pengesahan doktor sebelum mula membawa anak ke sekolah
- Setakat ini hampir 40 ribu kanak kanak di Malaysia telah di jangkiti dengan virus ini dengan 1 kematian.
- Peranan ANDA dalam membantu usaha pencegahan penularan penyakit ini adalah amat di alu alukan🙏🏼🙏🏼🙏🏼
Kongsikan informasi ini agar wabak ngeri ini dapat di hentikan
Sumber: Public Health Malaysia
Post a Comment