✅ Tahukah anda , tempat yang padat seperti pusat membeli belah, pasar malam, kolam renang dan stesyen bas merupakan tempat yang berpotensi untuk penyebaran HFMD.
✅ Ibu bapa di nasihatkan untuk tidak membawa anak di kawasan tersebut untuk mencegah penularan jangkitan HFMD.
✅ Sekiranya anda mahu menggunakan kemudahan di tempat awam seperti,
- Troli di pasaraya/shopping kompleks
- stroller pinjaman
- Taman permainan indoor/outdoor
- Kerusi makan kanak kanak
Pastikan ianya telah dibersihkan terlebih dahulu kerana ia berpotensi untuk menjadi medium penyebaran virus merbahaya ini.
✅ Sentiasa amalkan sanitasi yang baik seperti sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
✅ Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti berus gigi, tuala, sudu dan cawan.
Share dan like Public Health Malaysia untuk info kesihatan terkini.